Pages

Subscribe:

Labels

Sunday, 23 October 2011

Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti???



Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.

Dapatan tersebut diperoleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter yang dihoskannya bermula Januari tahun ini.

Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.

Masalah tersebut dikatakan kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.

Isu kecelaruan identiti selari dengan imej dan personaliti. Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan hilang pedoman atau hala tuju perjuangn yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap pebuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.

SALAH SIAPA?

BELIA SENDIRI ATAU YANG LAIN??


No comments:

Post a Comment